My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 25 March 2016

    Serangan Pengganas Di Brussels Sasar Rakyat AS


    Seorang anggota Kongres Amerika Syarikat (AS), Devin Nunes berkata, beliau yakin serangan berdarah di Brussels menyasarkan rakyat negara itu memandangkan letupan itu berlaku berhampiran dua kaunter syarikat penerbangan AS.

    “Daripada pandangan saya, pengeboman ini kelihatan seperti serangan terhadap rakyat AS,” kata Nunes yang juga merupakan Pengerusi Risikan White House kepada pemberita.

    Anggota Kongres daripada Parti Republikan itu berkata, dua serangan bom itu memusnahkan sebahagian dewan utama di Lapangan Terbang Zaventem, bersebelahan dengan kaunter yang dikendalikan dua syarikat penerbangan AS iaitu United American dan Delta Airlines.

    Kumpulan pengganas Islamic State mengaku melakukan serangan tersebut. Malah, lokasi pengeboman stesen Metro Maalbeek juga terletak berhampiran kedutaan AS, katanya.

    “Jika anda memilih lokasi yang mungkin menyasarkan rakyat AS, itulah lokasinya,” tegas Nunes. 

    Dalam pada itu, beratus-ratus orang berhimpun di Brussels kelmarin bagi memperingati 31 mangsa yang terkorban dalam tiga letupan tersebut. Seramai 300 orang turut cedera dalam serangan itu.

    Pada hari sama, sebilangan pemimpin Eropah termasuk ketua Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Jean-Claude Juncker dan Perdana Menteri Belgium, Charles Michel bertafakur selama seminit di luar ibu pejabat EU di Brussels.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Serangan Pengganas Di Brussels Sasar Rakyat AS Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top