Dalam membicarakan soal kebersihan dan keselamatan produk makanan yang dihasilkan oleh Macfood, ianya sentiasa dititik beratkan tanpa sebarang kompromi. Malah produk-produk bekalan makanan yang dihasilkan juga, ditekan dari segi keselamatan dan kebersihan ditahap maksima agar ianya menepati piawaian yang ditetapkan oleh pihak McDonald's Malaysia.
Membicarakan soal ini, Encik Muhamad Sabri Mohamed Dani adalah Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman Macfood. beliau adalah individu yang bertanggungjawab menjaga dan mengawal selia segenap aspek kebersihan, keselamatan dan status halal semua produk makanan berasaskan ayam dan daging di MacFood.
Peluang untuk melihat sendiri penyelenggaraan kebersihan di Macfood menampakkan betapa pihak pembekal ini amat menitik beratkan segenap aspek samada dari segi pemakaian mahupun produk yang dihasilkan.
Malah, beliau juga menunjukkan sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM yang mengiktiraf kilang penghasilan produk makanan di McDonald's ini sentiasa menepati piawaian halal yang digariskan oleh pihak JAKIM.
Beliau juga menegaskan, pihak McDonald's Malaysia sentiasa menegaskan bahawa semua produk yang dihasilkan di MacFood harus dijaga dari segi kebersihan, keselamatan mahupun status halal yang digariskan. Ini termasuk dengan bahan-bahan lain yang dicampur kedalam produk yang dihasilkan oleh MacFood.
Nyata sekali, pihak MacDonald's Malaysia tidak memandang remeh tentang status halal, kebersihan dan keselamatan produk makanan yang dihasilkan. Ini semua adalah untuk memastikan semua produk yang dihasilkan selamat untuk di makan dan sekaligus mengikis tanggapan negatif masyarakat tentang status halal semua produk makanan yang dihasilkan oleh pihak McDonald's.
0 comments:
Post a Comment