My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 March 2016

    Jepun Zahirkan Kebimbangan Kemaraan Trump



    Paparan Jepun hanya menumpang dalam soal keselamatan oleh calon utama Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump mencetuskan kebimbangan Tokyo. 

    Tokyo bimbang kecaman Trump akan menjejaskan pakatan keselamatan dengan AS di samping memaksa kerajaan tunduk kepada desakan untuk mempertingkatkan keupayaan tentera selepas China meluaskan pengaruhnya.

    Pakatan AS-Jepun menjadi keutamaa­n­ dasar keselamatan Jepun sejak beberapa dekad lalu tetapi kebimbangan mula timbul sama ada Washington akan terus mempertahankan Tokyo, sekutu utamanya di Asia. Komen Trump itu meningkatkan kebimbangan tersebut.

    “Jika seseorang menyerang Jepun, kita (AS) perlu segera membantu dan mencetuskan Perang Dunia Ketiga, baiklah. Namun jika kita pula diserang, Jepun tak perlu pun membantu kita.

    “Pakatan seperti ini tidak adil,” kata Trump ketika berkempen pada akhir tahun lalu.

    Beliau turut menuduh Jepun mencuri peluang pekerjaan rakyat AS dan mengecam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik 12 negara diketuai AS yang disifatkan oleh Tokyo sebagai amat penting daripada segi ekonomi dan strategik.

    Jepun sebelum ini memandang sebelah mata kempen politik taikun hartanah itu untuk menduduki kerusi White House tetapi situasi mulai berubah selepas peluang Trump mewakili Parti Republikan pada pilihan raya Presiden AS, November depan kini semakin cerah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jepun Zahirkan Kebimbangan Kemaraan Trump Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top