My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 March 2016

    Kejutan United di Etihad



    Pengurus Manchester United, Louis van Gaal memuji aksi yang dipamerkan para pemainnya ketika menewaskan musuh setempat, Manchester City 1-0 pada aksi Liga Perdana England awal pagi semalam. 

    Kejayaan tersebut hadir selepas tiga hari mereka disingkirkan Liverpool pada saingan Liga Europa di Old Trafford. Pemain muda, Marcus Rashford sekali lagi mencuri perhatian apabila muncul sebagai wira The Red Devils dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk United mencatat kemenangan pertama di Etihad sejak kali terakhir melakukannya pada musim 2012/2013.

    Van Gaal turut mengagumi kekuatan yang dipamerkan oleh para pemainnya yang kembali bangkit biarpun hanya mempunyai tempoh rehat yang singkat selepas menentang Liverpool.

    “Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama dan berjaya menjaringkan gol. Kami juga memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol selain mengekang mereka daripada mencipta gerakan berbahaya.

    “Pada babak kedua, kami juga bermula dengan baik tetapi kemudian kami terpaksa berdepan sedikit masalah keletihan ekoran perlawanan sebelum ini.

    “Berbanding City, mereka beraksi lebih awal pada aksi Liga Juara-Juara, bermakna mereka mempunyai tempoh rehat lebih dua hari.

    “Saya berbangga menjadi pengurus hari ini (semalam). Kemenangan ini sangat penting, jurang mata sebelum ini adalah empat tetapi kini kami hanya dibezakan dengan satu mata sahaja selain kami juga kini berkongsi mata dengan West Ham United.

    “Apa yang lebih pen–ting ketika ini adalah kami tidak mempunyai perlawanan pada hari Khamis (Liga Europa),” katanya.

    Ketika saingan berbaki lapan perlawanan sahaja lagi, kedua dua pasukan dari Manchester kini bersama West Ham sedang bersaing sengit untuk merebut slot ke aksi Liga Juara-Juara musim depan.  
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kejutan United di Etihad Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top