My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 25 March 2016

    Pengundi Bumiputera Jangan Pecah Undi: Adenan

    LANCAR: Adenan (empat kiri) memukul gendang sebagai simbolik pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti PBB Zon Miri sambil disaksikan yang lain di sini malam kelmarin.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengingatkan pengundi Bumiputera supaya tidak memecah-belahkan undi meskipun calon Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya negeri kelak merupakan calon kaum Cina. 

    Katanya sambil merujuk kepada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Miri iaitu Piasau, Pujut dan Senadin, calon BN-SUPP dan calon-calon pembangkang yang bertanding di kawasan tersebut kebanyakannya dari kaum Cina.

    Manakala daripada bilangan pengundinya pula, kata Adenan, 30 hingga 50 peratus terdiri daripada pengundi Bumiputera. “Sekarang ada pecahan kalangan pengundi Cina kerana mereka bertanding di tiga kawasan itu sama ada calon BN-SUPP dan calon pembangkang kebanyakannya kaum Cina. 

    “Justeru jangan pecah undi Bumiputera. Walaupun bilangan kita kecil namun jika kita tidak berpecah sebaliknya bersatu menyokong satu calon (BN) sahaja, dia tetap menang,” katanya.

    Menurut Adenan, PBB sebuah parti menjadi tulang belakang kerajaan BN dan menjadi tanggungjawabnya untuk menegakkan parti lain dalam komponen BN. Sehubungan itu, beliau mengingatkan calon BN daripada kaum Cina supaya tidak mengetepi kaum Bumiputera apabila telah menang kelak.

    “Saya telah lihat sama ada calon SUPP, DAP atau PKR kebanyakannya kaum Cina yang mengetepikan orang Bumiputera.

    “Setelah dapat undi (menang) dia mengetepikan kita dan hanya beri tumpuan kepada orang Cina sahaja.

    “Tidak ada lagi. Saya tidak mahu keadaan ini berlaku lagi,” tegasnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti PBB Zon Miri.

    Pada majlis sama, Adenan turut mengumumkan Naib Ketua Pemuda PBB Ripin Lamat dan Naib Presiden Kanan TERAS, Rosey Yunus akan dicalonkan semula pada Pilihan Raya Negeri Ke-11, masing-masing di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir dan Bekenu.

    Selain itu, beliau turut mengumumkan Menteri Muda Sukan dari SUPP Datuk Lee Kim Shin mungkin akan mempertahankan semula kerusi DUN Senadin. Manakala kerusi DUN Pujut dan Piasau kemungkinan diberi kepada SUPP.

    Ketua Menteri turut mengesahkan bahawa Timbalan Ketua Pemuda PBB, Gerald Rentap sebagai calon di DUN Layar bagi menggantikan bapanya, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pengundi Bumiputera Jangan Pecah Undi: Adenan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top