Istilah hacker, sesuatu yang amat digeruni oleh para penjaga modem dan pemilik-pemilik akaun samada di media sosial mahupun perbankan. Bagi mereka, golongan ini adalah golongan yang amat gemar melakukan kerosakan dengan memecah masuk sistem yang dimiliki oleh seseorang individu mahupun kumpulan.
Namun di Manila, sejumlah USD $ 30 juta telah dilesapkan oleh sekumpulan hacker yang memecah masuk kedalam rangkaian sistem perbankan Bank Pusat Bangladesh yang berpusat di New York Amerika Syarikat.
Kesemua wang ini dipindahkan kedalam akaun seorang leaki Cina yang dilakukan selama beberapa hari oleh para penggodam. Sebanyak 600 juta peso atau RM 53.28 juta dan RM 74.52 juta telah dipindahkan kedalam akaun lelaki terbabit.
Bukan mahu memuji tindakan hacker berkenaan, kerana jelas, apa yang dilakukannya salah disisi undang-undang. Namun jika direnung sebentar tindakan kumpulan hacker berkenaan, mereka melakukan jenayah ditempat sepatutnya, iaitu memecah masuk ke akaun bank, bukan memecah masuk ke akaun media sosial orang yang disasarkan.
Jika sekadar mahu menjadi hacker dan memecah masuk kedalam akaun peribadi dalam media sosial, berhentilah menjadi hacker kerana golongan seperti ini langsung tiada erti terhadap orang ramai melainkan mereka ini dilabel sebagai makhluk perosak kepada jaringan media sosial sahaja.
0 comments:
Post a Comment