My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 23 March 2016

    Pacu Ekonomi ILMU


    Kementerian Teknologi, Sains dan Inovasi (Mosti) menyasarkan 260 produk inovasi dihasilkan membabitkan daripada pelbagai agensi di bawah kementerian berkenaan tahun ini. 

    Langkah itu bagi membolehkan lebih banyak produk inovasi dikomersialkan, sekali gus Malaysia menjadi negara menjana ekonomi berasaskan pengetahuan seperti mana terkandung di dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

    Menterinya, Datuk Seri Madius Tangau berkata, pihaknya meletakkan sasaran 60 produk inovasi yang boleh dikomersialkan di bawah kementeriannya setiap tahun sehingga 2020 dan setakat tahun lalu, Mosti merekodkan 67 produk inovasi komersial.

    Beliau berkata, di bawah RMK-11 turut mengenal pasti isu keselamatan siber sebagai salah satu teknologi yang menjadi tumpuan bagi menjana ekonomi menerusi pengetahuan memandangkan ia mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam pelbagai industri.

    “Sokongan daripada kementerian lain dalam menghasilkan produk daripada inovasi turut digalakkan memandangkan ada antara produk yang dihasilkan mempunyai potensi tinggi untuk dikomersialkan,” katanya selepas menghadiri Hari Penghargaan Cybersecurity di sini, semalam.

    Pada majlis itu, wartawan Harian Metro, Afiq Hanif menerima Anugerah Khas Cybersecurity Malaysia yang menghargai sokongan media tempatan dalam memberi pendedahan mengenai keselamatan siber di negara ini.

    Madius Tangau berkata, media memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat kepada orang ramai terutama perkara dan isu yang berkaitan. “Dalam beberapa tahun ke belakangan ini khususnya dalam era pembangunan teknologi menjadikan kita perlu bergantung untuk menerima maklumat terutamanya daripada sosial media yang kini digunakan secara meluas.

    “Media memainkan peranan penting dalam mempengaruhi dan mengubah presepsi khalayak ramai tetapi yang menjadi keutamaan ketika ini adalah maklumat yang betul dan tepat serta beretika,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pacu Ekonomi ILMU Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top