Isu yang membabitkan salah guna kuasa dan unsur rasuah yang memaliti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus menadapt perhatian ramai pihak dan suara desakan mereka yang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mempercepatkan siasatan dan tindakan keatas Guan Eng, terus menerus dilaungkan.
Terbaru, menerusi entri terbaru dari akaun Facebook milik Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau mendesak SPRM bertindak dan menyiasat dengan segera dakwaan penyelewengan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng kerana ianya membabitkan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.
Menerusi tulisannya, Datuk Seri Liow memberitahu, adalah sesuatu yang cukup menyedihkan, apabila orang yang sudah mendapat mandat dan kepercayaan rakayt untuk mengetuai sesuatu negeri seperti Pulau Pinang, bertindak menyalah gunakan kuasanya hanya untuk kepentingan diri sendiri dan mengenepikan ketelusan dan intergriti yang sepatutnya diamalkan oleh seseorang Ketua Menteri.
Beliau seterusnya mendesak Guan Eng untuk membuktikan semua dakwaan terhadapnya adalah silap sambil menegaskan Guan Eng harus bertindak berani dalam membuktikan dirinya tidak bersalah dalam pertuduhan yang dibuat sebelum ini.
Tegas beliau, Guan Eng harus berani tampil dengan bukti yang kukuh dari hanya sekadar bercakap dan berdolak dalik berhubung semua pertuduhan yang dibuat keatasnya.
Datuk Seri Liow juga amat berharap, pihak SPRM dapat melakukan siasatan penuh terhadap Guan Eng bagi membuktikan ketelusan Guan Eng tanpa dipengaruhi oleh pengaruh politik. Menurut beliau, ini penting kerana kes seumpama ini adalah kes yang berprofail tinggi dan rakayt sudah pasti tidak sabar untuk mengetahui perkara yang sebenarnya.
0 comments:
Post a Comment