My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 21 March 2016

    Hukum Karma Untuk Khairy Jamaluddin?



    Isu skandal rasuah yang menyelubungi Kementerian Belia dan Sukan sejak kelmarin, nyata begitu mengejutkan ramai pihak termasuk Khairy Jamaluddin, selaku Menteri Belia dan Sukan hari ini. Manakan tidak, kementerian yang dilihat proaktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti dan bukan bersandarkan keuntungan, tidak terlepas dari skandal rasuah.

    Jumlahnya bukan sedikit, menjangkau sehingga RM 100 juta ringgit dilesapkan oleh seorang individu. Adakah individu ini bergerak keseorangan atau dia turut dibantu oleh orang lain didalam Kementerian yang sama dimana pergerakan dia sebenarnya sudah bermula sejak dari tahun 2010.

    Ini bukan sesuatu perkara yang mustahil, kerana jika dilihat dari segi jumlah yang dilesapkan, sukar untuk dia melakukan kerja seorang diri jika tidak dibantu dari dalam oleh beberapa individu. Inilah yang harus diberikan perhatian oleh Khairy Jamaluddin selaku Menteri dan SPRM yang kini dalam proses siasatan tentang kes ini.

    Apa yang pasti, insiden ini merupakan isyarat jelas kepada Khairy untuk kembali beristiqamah dalam perjuangan. Boleh dikatakan sepanjang tahun lalu, pendirian Khairy terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh dipersoalkan. Selaku Menteri Belia dan Sukan yang diangkat daripada perjuangannya dari UMNO, bliau juga merupakan Ketua sayap Pemuda UMNO.

    Siapa dapat melupakan insiden 6 orang exconya yang giat menghasut sayap Pemuda UMNO Johor untuk bangkit melawan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib di Rompin pada Pilihan Raya Kecil disana?

    Tidak ketinggalan, bagaimana tindakan seolah-olah mensabotaj kempen jentera Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, pada tahun yang sama, dimana beliau adalah individu yang membuka isu Lembaga Rabung Haji membeli sebidang tanah di TRX dari 1MDB. Perkara ini sehingga kini menjadi modal buat musuh kerajaan dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan.

    Sebagai Perdana Menteri, beliau tidak perlu membalas semula apa yang dilakukan oleh Khairy terhadap beliau. Biarlah masa sahaja menentukan kebenaran dan kelmarin, Kementerian dibawah seliaan beliau bergegar dengan isu rasuah, antara yang terbesar yang pernah dicatatkan didalam negara ini.

    Tidak perlu menunding jari terhadap mana-mana pihak. Cukup sekadar beliau dan para petugas serta pengikut beliau kembali sedar dan beristiqamah dalam meneruskan perjuangan. Adakah anda mahu bermuka-muka dihadapan ketua demi menjaga periuk nasi atau berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara. Itu yang harus Khairy dan para pengikutnya fikirkan mulai hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hukum Karma Untuk Khairy Jamaluddin? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top