My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 21 March 2016

    Mana Suara Mahathir, Muhyiddin Dan Mukhriz Dalam Isu Guan Eng?



    Bukan sedikit orang yang membicarakan tentang apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini. Lim Guan Eng kini seolah-olah kehilangan arah apabila beliau terus diasak untuk mendedahkan kebenaran disebalik dakwaan penyalah gunaan kuasa dalam pemilikan satu unit lot banglo di Jalan Pinghorn dan penyelewengan lot tanah rumah mampu milik di Jalan Manggis.

    Sikap dolak dalik beliau dalam memberikan jawapan yang sebenar dan keengganan beliau bekerjasama dengan SPRM dalam membuktikan beliau tidak bersalah, nyata mengundang tanda tanya dikalangan orang ramai terutamanya penduduk Pulau Pinang itu sendiri.


    Disebalik semua ini, secara lintasan akan terfikir, dimana suara Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mukhriz dalam isu ini? Sebelum ini, mereka samada ada secara terus mahupun kiasan, ada mendakwa, DAP antara parti yang mengamalkan kebersihan dalaman parti, menolak salah guna kuasa seperti Datuk Seri Mohd Najib dan tidak mengamalkan politik kotor.

    Namun, sejak Lim Guan Eng, putera kesayangan Lim Kit Siang, sekutu Tun M sendiri hari ini, suara-suara mereka yang menuduh pelbagai perkara terhadap Datuk Seri Mohd Najib dengan semua isu skandal rasuah, seolah-olah tenggelam dalam halkum mereka sendiri.

    Sama seperti rakan pembangkang yang lain seperti PKR, mereka memilih untuk mendiamkan diri dari tampil membantu Guan Eng menghadapi kemelut ini. Nampaknya, gerak geri mereka tetap sama, bersuara apabila melihat sesuatu yang menguntungkan mereka tetapi memilih untuk mendiamkan diri andai sesuatu perkara yang bakal merugikan mereka.

    Jadi tidak hairanlah andai penyekutuan Tun M dan pentaksubnya dan Lim Kit Siang dan DAPnya tidak lebih dari persekutuan politik semata-mata. Lim Guan Eng tetap terpaksa berhadapan dengan pertuduhannya sendiri di samping Tun M dan kuncu-kuncunya menjadi suara penentang Perdana Menteri menerusi proksi pembangkang.

    Tidak diketahui siapa yang menggunakan siapa sekarang ini. Namun jelas ketara, walaupun DAP berjaya "membeli" Majlis Peguam dan menghancurkan satu-satunya maruah Tun M dan sekutunya yang ada, namun ianya bukan lesen utama untuk Lim Guan Eng tidak disabitkan dengan penyalah gunaan kuasa. Hanya masa sahaja yang akan menentukan untung nasib Guan Eng.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mana Suara Mahathir, Muhyiddin Dan Mukhriz Dalam Isu Guan Eng? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top