Perlancaran PLKN 2.0 yang dilakukan oleh Datuk Ehsanuddin
Haji Mohd Harun Narrashid di MITC Sabtu lalu membuka lembaran baru untuk
pelatih yang akan mengikuti program latihan ini. Ini kerana, bukan sahaja modul
yang lebih menyeluruh, malah tempoh latihan juga disingkatkan dari 3 bulan
sebelum ini kepada 2 bulan pada kali ini.
Dalam ucapan beliau sewaktu merasmikan program PLKN 2.0 kali
ini, para peserta akan didedahkan dengan penerapan nilai-nilai unggul seperti
Program Cinta Negara, Program Perpaduan dan Program Kesukarelaan yang akan
dibentuk melalui aktiviti-aktiviti kerohanian, Service Learning, I-Upgrade,
Tech + Talk, Malaysiaku, Fit4Life dan Be Safe, Be Alert.
Jika sebelum ini, program PLKN akn menjurus kearah mewujudkan
belia yang lebih berdisiplin, program PLKN 2.0 kali ini akan menyediakan masa
depan yang lebih baik menerusi Program myFuture yang akan menawarkan pendedahan
melalui program-program kemahiran di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di
400 pusat yang terpilih.
Para pelatih juga boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran
dalam pelbagai jurusan dari peringkat Sijil sehingga Diploma selepas tamat PLKN
Fasa 1 yang dijangka akan tamat pada 24 Mei 2016 nanti.
Bagi memastikan perlaksanaan PLKN 2.0 berjalan lancar, pihak
JLKN akan memastikan aspek keselamatan pelatih akan terus dipertingkatkan serta
kesihatan dan keselesaan pelatih dalam kem akan diberikan keutamaan. Malah,
pihak MLKN akan sentiasa mengawal selia jadual latihan Fasa 1 untuk PLKN 2.0.
Bagi memastikan tidak wujud sebarang kebimbangan mengenai
keadaan anak masing-masing sepanjang mengikuti program kali ini, penglibatan
ibu bapa kepada pelatih juga turut digalakkan. Pada masa yang sama, bekas-bekas
pelatih PLKN sebelum ini akan diperkasakan melalui perlaksanaan Program
berimpak tinggi serta mewujudkan pengurusan yang lebih mantap diperingkat
induk, negeri dan daerah.
Ini adalah transformasi yang di lakukan terhadap proram pada
kali ini. Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Pengerusi Majlis Latihan
Khidmat Negara, Datuk Ehsanuddin Haji Harun Narrashid kerana akhirnya Berjaya membuahkan
satu program yang jauh lebih menyeluruh samada sebelum, semasa dan selepas
peserta mengukuti program pada kali ini.
0 comments:
Post a Comment