My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 23 March 2016

    Mana Hilangnya Mereka Yang Mendakwa Najib Gagal Urus Ekonomi?



    Sekitar penghujung tahun lalu, ramai dikalangan para pembenci kerajaan termasuk mereka yang memilih untuk menjadi pengkhianat didalam kerajaan menuduh, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, gagal dalam menguruskan ekonomi negara sehingga mendorong Ringgit Malaysia jatuh mendadak di pasaran dunia.

    Pelbagai teori diwujudkan, antaranya kejatuhan Ringgit ini disebabkan oleh faktor 1MDB, rasuah, kelembapan Datuk Seri Mohd Najib, pelbagai skandal besar mewarnai pentadbirannya dan macam-macam lagi dakwaan liar yang dilemparkan.

    Tidak cukup dengan itu, pembangkang dan PakaTUN begitu beriya-iay menghasut ramai pihak termasuk rakyat untuk menolak kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib. Iyalah, pada masa itu, Ringgit Malaysia diniagakan hampir kepada RM 4.60 per USD $ 1 Dollar. Semua andaian ini sebenarnya langsung tidak berlandaskan pada fakta yang sebenar.

    Pada penghujung bulan Ogos 2015 sehingga penghujung bulan Februari 2016, itulah disaat kemuncak bagaimana ekonomi seluruh dunia sedang mengalami kemelesetan. Bahkan, lebih 150 matawang di seluruh dunia diniagakan lemah berikutan kebimbangan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

    Tetapi bagi puak-puak ini, semua itu hanyalah alasan. Bagi mereka, disaat wang Malaysia mengalami penyusutan, Datuk Seri Mohd Najib harus dijatuhkan bagi membolehkan Ringgit kembali mengukuh di pasaran antarabangsa.

    Hari ini, Ringgit kembali beransur-ansur mengukuh dan diniagakan sekitar RM 3.95 hingga RM 4.05 per USD $ 1 Dolar. Malah, kenaikan Ringgit ini langsung tidak menggunakan walau 1 sen pun wang rizab negara seperti yang dilakukan oleh Singapura dan Brunei. Paling utama, nilai Ringgit meningkat 6.7 peratus lebih tinggi daripada apa yang disasarkan.

    Dalam memperkatakan tentang kenaikan ini, Perdana Menteri yang mentadbir Malaysia masih lagi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. 1MDB yang dikatakan menjadi punca kepada kejatuhan Ringgit, kini semua hutangnya sudah dilangsaikan. Apa lagi alasan mereka ini untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib?

    Kemana hilangnya suara-suara biadab yang vokal menuduh Perdana Menteri itu dan begini dalam kejatuhan Ringgit sebelum ini? Jawapannya mudah. Tun Dr Mahathir kini sudah menjadi orang buangan dari UMNO. Lim Guan Eng kini berhadapan dengan pertuduhan rasuah. Rafizi Ramli berhadapan dengan saman dari Lembaga Tabung Haji dan Tabung Angkatan Tentera.

    Apa yang paling nyata disini, kenaikan Ringgit hari ini sedikit sebanyak disumbangkan oleh Tun M yang bertindak meninggalkan UMNO. Sentimen dan aura positif ini akhirnya berjaya disuntik setelah pembawa aura negatif berjaya disingkirkan dan dibuang terus dari bayang-bayang kerajaan. Ini lah yang sebenarnya penyebab utama kenapa Ringgit melemah satu ketika dahulu !.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mana Hilangnya Mereka Yang Mendakwa Najib Gagal Urus Ekonomi? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top