My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 3 June 2017

    Siapa Bakal Ditabal Raja Eropah?



    TUMPUAN seluruh peminat bola sepak dunia ketika ini pasti ke arah pertembungan dua jagoan Eropah, Real Madrid dan Juventus apabila kelab terbaik Sepanyol serta Itali itu bakal berentap pada final Liga Juara-Juara di Cardiff, Wales awal pagi esok. 

    Stadium Principality bakal menjadi saksi sama ada juara bertahan, The Galacticos atau The Old Lady akan dijulang sebagai kelab terbaik Eropah untuk musim ini.

    Real yang dibimbing Zinedine Zidane dalam misi memburu trofi kedua selepas mengungguli La Liga pada musim ini, manakala Juventus yang dikendalikan Massimiliano Allegri mahu melengkapkan gelaran trebel selepas menjuarai Serie A dan Piala Itali.

    Zidane sudah pasti mahu mempertahankan kejuaraan yang dirangkul pada edisi lalu berjanji untuk menurunkan kesebelasan terbaik berdepan Juventus pada aksi yang dijadualkan berlangsung pada pukul 2.45 pagi waktu Malaysia.

    “Perkara yang paling mustahak ialah semua pemain tonggak tidak mengalami kecederaan dan bersedia untuk beraksi pada perlawanan akhir itu nanti,” katanya.

    Allegri yang memasuki musim kedua membimbing The Old Lady lebih selesa merendah diri dengan menyifatkan juara 11 kali Eropah itu sebagai pasukan pilihan. “Kami optimis, tetapi agak janggal untuk saya mengatakan Juventus adalah pasukan pilihan kerana Real telah memenangi dua kali trofi Liga Juara-Juara sepanjang tiga tahun lalu,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Siapa Bakal Ditabal Raja Eropah? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top