Buat julung kalinya, aktor tersohor Hrithik Roshan akan disatukan dengan bintang baru yang semakin mencuri tumpuan peminat Bollywood, Tiger Shroff dalam sebuah filem.
Filem yang bakal menjalani penggambaran Ogos depan dan tamat pada penghujung Februari 2019 itu turut menampilkan heroin jelita Vaani Kapo.
Menurut kenyataan syarikat produksi Yash Raj Films, filem arahan Siddharth Anand itu bakal ditayangkan pada 2 Oktober 2019. “Ia bakal menyaksikan gabungan mantap dua pelakon terkenal dalam sebuah naskhah yang pastinya mencetuskan fenomena.
“Menenerusi filem ini Hrithik akan memainkan peranan sebagai guru kepada Tiger,” katanya Dalam pada itu, Tiger dan Anand kini sedang menjalani penggambaran filem Rambo versi India yang turut menampilkan aktor ternama Sylvester Stallone.
0 comments:
Post a Comment