My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 8 February 2018

    Skuad Badminton Negara Kembali ‘Bernafas’



    SKUAD badminton lelaki negara kembali ‘bernafas’ dalam misi mencerahkan peluang ke pentas Piala Thomas 2018 selepas menewaskan Myanmar 5-0 dalam aksi kedua kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Alor Setar malam tadi. 

    Barisan kejurulatihan yang diketuai Datuk Misbun Sidek membuat rombakan dalam aksi semalam apabila merehatkan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei serta pasangan beregu, Goh V Shem-Tan Wee Kiong ekoran kekalahan 2-3 kepada Thailand pada perlawanan pertama kelmarin. 

    Membariskan Lee Zii Jia selaku perseorangan pertama, pemain remaja itu tidak mempunyai masalah untuk menewaskan wakil Myanmar, Phone Phia Naing dengan keputusan 21-3, 21-10.

    Soong Joo Ven turut beraksi cemerlang apabila mudah menundukkan Aung Myoo Htoo 21-9, 21-7, diikuti Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang bangkit daripada kekecewaan kelmarin dengan mengetepikan cabaran Chan Win Oo 21-10, 21-10.

    Misbun berkata, kepercayaan 100 peratus diletakkan kepada semua barisan pemainnya tetapi perancangan pasukan untuk saingan menentang Taiwan hari ini masih belum boleh disahkan. 

    Sementara itu, kedua-dua beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi serta Sze Fei Goh-Nur Izzuddin Mohd. Rumsani turut menang ke atas lawan masing-masing untuk memberikan kemenangan 5-0 kepada skuad negara.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Skuad Badminton Negara Kembali ‘Bernafas’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top