Polis Sarawak terus meningkatkan usaha bagi membanteras kegiatan judi haram dan pelacuran yang mana 163 individu dan 59 wanita disyaki pelacur ditangkap dalam serbuan dijalankan di seluruh negeri sepanjang bulan lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, sebanyak 81 serbuan judi haram berjaya dijalankan pada 16 daerah melibatkan loteri haram, judi siber, sabung ayam, berjudi di tempat awam dan di pusat hiburan awam.

“Kita memberi jaminan kepada orang awam bahawa tindakan berterusan akan dibuat bersama bantuan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
0 comments:
Post a Comment