My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 4 June 2017

    Pemuda, Adik Ipar Diikat Kerana Curi Kelapa Muda



    Perbuatan seorang pemuda dan adik iparnya mencuri buah kelapa muda untuk dijual di bazar Ramadan membawa padah apabila mereka ditangkap dan diikat pada batang pokok tersebut dalam kejadian di kawasan Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah, Kampung Tersusun di Batu 7, Lekir di sini kelmarin. 

    Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd. Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 25 dan 14 tahun itu ditahan pada pukul 10.30 pagi oleh penduduk kampung sewaktu mencuri buah kelapa di kawasan tersebut.

    Menurut beliau, selepas ditahan, kedua-dua lelaki itu diikat oleh penduduk kampung di sebatang pokok kelapa yang dipanjat dan dicuri buahnya oleh suspek.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pemuda, Adik Ipar Diikat Kerana Curi Kelapa Muda Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top