My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 3 June 2017

    36 Pelajar Universiti Ditahan Reman



    SERAMAI 36 pelajar universiti ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi, Kuala Lumpur akibat dibelasah dan ditekap dengan seterika panas malam kelmarin. 

    Mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang merupakan pegawai kadet laut tahun tiga meninggal dunia di Hospital Serdang setelah hampir dua minggu bertarung nyawa.

    Menurut sumber, pelajar kejuruteraan elektrik itu dibelasah dua minggu lalu di sebuah rumah sewa di Apartmen De Centrum yang terletak berhampiran Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), Kajang, Selangor setelah dikatakan terlibat dalam kes kecurian sebuah komputer riba milik seorang rakannya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 36 Pelajar Universiti Ditahan Reman Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top