My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 3 June 2017

    Kesihatan Puntung Makin Kritikal



    Badak sumbu Sumatera betina dikenali sebagai Puntung yang kini dalam keadaan kritikal akibat sel kanser skuamus atau kanser kulit masih boleh makan, tetapi dalam kuantiti sedikit. 

    Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah JHL Augustine Tuuga berkata, keadaan kanser yang dihadapi Puntung semakin teruk, sekali gus menjejaskan kesihatannya. “Puntung masih boleh makan dan minum, tetapi sedikit saja namun keadaannya kini bertambah teruk akibat kanser yang dihidapinya. 

    “Setakat ini, kita sudah berbincang dengan pakar dan merancang pembedahan euthanasia yang akan dilakukan pada 15 Jun ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

    Pada 28 Mei lalu, media melaporkan Puntung iaitu tiga badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia disahkan menderita sel kanser skuamus dan kanser kulit menyebabkan kesihatannya terjejas teruk.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kesihatan Puntung Makin Kritikal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top