My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 3 June 2017

    Penyu Salah Masuk



    Pekerja stesen jana kuasa Sejingkat di sini, dikejutkan dengan kehadiran ‘tetamu’ istimewa iaitu seekor penyu yang tersesat di dalam longkang di kawasan berkenaan, pagi semalam. 

    Penyu yang beratnya dianggarkan melebihi 30 kilogram (kg) itu ditemui sekumpulan pekerja stesen berkenaan kira-kira jam 9 pagi selepas menyedari ada objek di dalam longkang berkenaan. Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan haiwan itu jam 9.15 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi. 

    Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati penyu yang panjangnya kira-kira 0.8 meter itu tersekat di dalam longkang berkenaan dan tidak dapat keluar ke sungai berhampiran. “Bertindak atas maklumat, anggota APM kemudian turun ke longkang berkenaan dan berjaya mengeluarkan penyu terbabit. 

    “Kami percaya penyu berkenaan terperangkap di dalam longkang berkenaan dan tidak dapat mencari jalan keluar untuk ke sungai bersebelahan stesen jana kuasa berkenaan,” katanya semalam.

    Katanya, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan penyu itu sebelum dibawa ke Pusat Operasi APM Kuching. “Reptilia itu tidak mengalami kecederaan, ia kemudian diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penyu Salah Masuk Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top