My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 3 June 2017

    Mujur R Sivarasa Lahir Di Malaysia...



    Masih ingat penderhakaan Datuk Laksamana Hang Jebat terhadap Sultan Melaka satu ketika dahulu? Impaknya bukan alang kepalang apabila Datuk Laksamana Hang Tuah yang disembunyikan oleh Datuk Bendahara Tun Perak telah diutuskan oleh Paduka Sultan Melaka untuk menghapuskan penderhakaan Hang Jebat dari bumi Melaka.

    Pertarungan sengit antara dua sahabat ini yang mana akhirnya di menangi oleh Hang Tuah ini sehingga hari ini diperkatakan. Persoalan besaar yang sering berlegar adalah, siapakah yang benar, HangTuah kah atau Hang Jebat. Namun bagi masyarakat Melayu, sebaarang penderhakaan terhadap Duli-Duli Paduka Sultan dianggap sebagai satu kesalahan besar yang sukar dimaafkan.

    Setelah beberapa kurun berlalu, hari ini kita dapat saksikan deretan penderhakaan dilakukan terutamanya oleh ahli politik pro pembangkang. Sejarah pada 2009 menampakkan bagaimana penderhakaan pengikut tegar Pakatan Rakyat terhadap Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah semasa berlaku krisis politik di negeri Perak.

    Terkini, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dilihat ingkar terhadap titah perintah Paduka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang sebarang aktiviti politik dilakukan di perkarangan surau atau masjid di negeri Selangor. Tindakan Sivarasa ini pantas mengundang murka kebawah Duli Tuanku yang selama ini terkenal dengan sikap penyabar.

    Dalam hal ini, kesalahan yang dilakukan oleh Sivarasa ini tidak hanya tertumpu kepada Ahli Parlimen Subang itu semata-mata. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali juga harus dipersalahkan kerana Baginda sendiri menzahirkan perintah berkenaan di hadapan Azmin sendiri. Mana mungkin Azmin terlalu tuli untuk memahami kemahuan Paduka Tuanku?

    Sebenarnya, Sivarasa harus bersyukur dirinya dilahirkan di Malaysia. Dengan kesalahan besar yang dilakukannya, andai dia dilahirkan di Thailand, hukumannya sudah tentu penjara atau lebih teruk lagi dia bakal berhadapan dengan hukuman mati.

    Hari ini, Sivarasa mungkin masih boleh menjulang ego kerana masih terdapat penyokongnya dari kaum Melayu yang membuta tuli menyokongnya. Namun Sivarasa harus ingat, masih ramai dikalangan kaum Melayu yang masih tebal perasaan hormatkan Duli-Duli Paduka Sultan walaupun hari ini negara bergerak maju.

    Paduka Sultan-Sultan melayu adalah payung negeri dan negara serta ketua bagi agama Islam di negara ini. Jika perkara ini gagal difahami oleh mana-mana ahli politik pembangkang yang berselindung disebalik istilah Ahli Parlimen ataupun ADUN, adalah sesuatu yang menyedihkan bagi mereka yang memegang kad pengenalan Malaysia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mujur R Sivarasa Lahir Di Malaysia... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top