My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 9 March 2016

    Pengkhianatan PakaTUN Bukti Mereka Membodohkan Melayu



    Bukan lagi satu rahsia besar bagaimana Tun Dr Mahathir dan beberapa lagi pengikutnya kini sudah mengkhianati perjuangan UMNO dan orang-orang Melayu itu sendiri. Survivor bangsa ini sebenarnya tidak pernah sunyi daripada pengkhianatan dari kaumnya sendiri sejak dari pembukaan Melaka pada tahun 1396 sehinggalah hari ini.

    Pastinya kini, kata-kata keramat Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman hanya layak melekat di dinding Arkib Negara dan Muzium Negara sahaja. Sejak dari 1946, kedua-dua insan paling berjasa dalam negara ini sudah memberitahu, usah lagi mengkhianati bangsa sendiri kerana kita sudah di jajah lebih 500 tahun. Kita boleh menjadi bangsa yang maju, tetapi pengkhianat haruslah di cantas terlebih dahulu.

    Kini, kenyataan pada tahun 1946 ini sudah menjadi kenyataan. Lihat sahaja bagaimana individu yang dihormati didalam negara bertukar menjadi pengkhianat apabila sanggup bersekongkol dengan pencetus perpecahan Melayu itu sendiri hanya kerana nafsu politik yang tidak pernah padam.

    Lebih mendukacitakan, bagaimana beberapa individu dari dalam UMNO sendiri sanggup menjadi petualang hanya kerana mahu melihat kepimpinan Melayu yang ada hari ini hancur lebur. Apa yang mereka dapat hasil dari pengkhianatan seumpama ini? Adakah mereka amat gembira melihat Malayu akan terus berpecah dan negara bukan lagi ditadbir oleh anak bangsanya sendiri?

    Sesuatu yang begitu menyedihkan apabila orang-orang seperti Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa individu yang lain bertukar menjadi pengkhianat hanya kerana nafsu politik. Sehingga bila mereka dapat menjunjung langit hanay kerana nafsu politik sehingga meletakkan saudara seagama dan sebangsa mereka berada dalam keadaan tertekan?


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pengkhianatan PakaTUN Bukti Mereka Membodohkan Melayu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top