My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 9 March 2016

    Apakah Peranan MacFood dan Aryzta Terhadap McDonald's



    Menyediakan produk makanan di Malaysia sememangnya memerlukan kawalan yang cukup rapi dari pihak yang berwajib supaya makanan yang disediakan memenuhi kehendak dan taraf halal yang diwajibkan keatas setiap makanan. Perkara ini tidak terkecuali bagi McDonald's Malaysia. 

    Untuk ini, pihak MacFood dan Aryzta Malaysia telah mendedahkan penyediaan bekalan asas roti dan ayam kepada setiap rangkaian restoran milik McDonald's.

    Menurut Puan Sabariah Saamah, Pegawai Jawatankuasa Halal Dalaman Aryzrta Malaysia Sdn Bhd, setiap satu bekalan asas di McDonald's diwajibkan tanpa kompromi mempunyai sijil halal yang disahkankan oleh JAKIM. Ini menjamin kualiti dan kebersihan penyediaan bekalan makanan sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik dan memenuhi standard yang ditetapkan.


    Malah, penyediaan seperti roti untuk burger juga dibuat sepenuhnya oleh mesin yang sememangnya dijaga dan dikawal dengan rapi tahap kebersihannya. Perkara ini, menurut Puan Sabariah, adalah kemestian bagi penyedia bekalan untuk McDonald's kerana tahap kebersihan dan kualiti amat dititik beratkan oleh McDonald's tanpa sebarang kompromi.

    Ini termasuklah proses pembakaran roti yang dikawal sepenuhnya oleh pihak Aryzta dengan kadar suhu yang sememangnya ditetapkan pada kadar yang cukup sesuai untuk memasak roti-roti berkenaan.

    Disebabkan itu, kesemua rangkaian restoran di McDonald's mempunyai standard yang sama samada dari segi pembuatan dan kelembutan roti yang disediakan oleh para pembekalnya.

    Jika kebersihan dan standard pengeluaran asas perkara sekecil roti ini di titik beratkan, pastinya segala jenis makanan yang dikeluarkan oleh McDonald's bukan sesuatu yang begitu mudah untuk dipertikaikan kualiti dan kebersihannya. Ini menjamin produk yang dihasilkan oleh pembekal dan McDonald's sentiasa memenuhi keinginan pelanggan tanpa sebarang persoalan lagi.

    Bersambung...
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apakah Peranan MacFood dan Aryzta Terhadap McDonald's Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top