My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 9 March 2016

    Usaha Membawa Pulang Khazanah Brooke Ke Sarawak



    Koleksi Suratan Persendirian Brookes dan Bahan Borneo bernilai RM350,000 yang menceritakan pentadbiran Sabah serta Sarawak bermula era 1880 hingga 1990-an kini berada di Arkib Negara Malaysia (ANM). 

    Sebelum ini, ia berada di luar negara menyebabkan ANM mengambil inisiatif melakukan pembelian berbentuk salinan imej digital untuk dijadikan rujukan penyelidik di negara ini.

    Ketua Pengarah ANM Azemi Abdul Aziz berkata, Koleksi Suratan Persendirian Brookes itu diperoleh dari Bodleian Library of Commonwealth And African Studies at Rhodes House dan generasi kelima James Brooke menerusi The Brooke Heritage Trust.

    Beliau berkata, perolehan itu dibuat dalam beberapa fasa pembelian dari 2012 hingga 2014. “Antara yang terkandung dalam koleksi itu adalah surat-menyurat dan kertas perihal keluarga bekas Rajah Putih Sarawak yang mengandungi 18 jilid dan Papers of the Brookes of Sarawak yang membabitkan tahun 1880 hingga 1918.


    “Sementara itu, rekod Koleksi Bahan Borneo pula mengandungi gambar, lukisan, manuskrip, peta, surat khabar dan terbitan mengenai masyarakat di Pulau Borneo, Sabah dan Sarawak, British North Borneo serta tanah jajahannya meliputi tahun 1880-an hingga 1990-an,” katanya pada Majlis Promosi Bahan Arkib ‘Permata Terpilih Dari Luar Negara’, semalam.

    Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah ANM Faridah Ishak. Di samping itu, Azemi berkata, ANM juga memulakan langkah untuk mengkelaskan semula kumpulan rekod terperingkat bagi tujuan penyelidikan.

    Katanya, kumpulan rekod yang dikaji terdiri daripada Bahagian Perikanan, Kementerian Pertanian Malaysia yang bermula apabila ditubuhkan kerajaan British pada 1894 dengan menggunakan nama Unit Perikanan Kolonial.

    “Antara rekod yang terkandung adalah surat-menyurat, laporan, arahan, aduan, memorandum, telegram, penyata kewangan dan rancangan berkaitan perikanan dari 1951 hingga 1977. “Daripada 191 unit fail yang bertaraf terperingkat iaitu sulit dan rahsia, sejumlah 174 unit fail sudah dikelaskan kepada terbuka,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Usaha Membawa Pulang Khazanah Brooke Ke Sarawak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top