Seorang bakal pengantin lelaki yang kemaruk untuk beristeri sanggup melakukan apa sahaja demi mencukupkan wang hantaran dan belanja majlis perkahwinan berjumlah RM10,000 yang dijadual berlangsung Sabtu ini.
Antara usaha yang dilakukan lelaki itu ialah membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya disamun, menjual telefon bimbit miliknya, berjudi dan juga mencuba nasib dengan membeli nombor ramalan.
Namun usaha terakhir pekerja syarikat kawalan serangga berusia 30 tahun dari Pasir Besar, Gemas itu menipu kononnya wang berjumlah RM8,000 lesap disamun dalam kejadian pukul 11.30 pagi kelmarin menjerat diri sendiri.

Mengikut laporan polis itu, bakal pengantin berkenaan mendakwa dia disamun oleh sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kenderaan Toyota Hilux di jalan ladang di Batang Jelai dekat sini.
“Tiga daripada empat suspek bersenjata parang dikatakan menghampirinya manakala suspek keempat mengambil beg sandang mengandungi wang tunai berjumlah RM8,000,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment