TIGA lelaki anggota Geng Wani yang berlagak mewah dengan menaiki kereta BMW 3 Series untuk merompak pelanggan bank yang baru mengeluarkan wang menemui maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan polis di Tangkak, Muar, Johor semalam.
Tiga konco Geng Wani itu ditumpaskan pada pukul 9.50 pagi berdekatan persimpangan lampu isyarat Jalan Parit Bunga, Tangkak, tidak sampai 48 jam selepas ketua mereka yang dikenali sebagai Harwani, 47, ditembak mati di Kota Bharu, Kelantan Selasa lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, polis masih menyiasat identiti suspek yang berusia antara 30-an hingga 40-an berikutan tiada pengenalan diri ditemui.
0 comments:
Post a Comment