My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 2 June 2017

    FGV Catat Hasil RM4.32 Bilion




    Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), mencatatkan peningkatan perolehan 15 peratus daripada RM3.76 bilion kepada RM4.32 bilion pada suku pertama 2017 disokong oleh pendapatan tinggi dari sektor perladangan, logistik dan lain-lain (LO) serta gula dengan masing-masing mencatatkan kenaikan 11, 57 dan 17 peratus. 

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad berkata, FGV merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) RM2.47 juta, penambahbaikan RM83.5 juta berbanding rugi selepas cukai dan kepentingan minoriti (LATAMI) RM81 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

    Katanya, kumpulan merekodkan perolehan lebih tinggi pada suku pertama disebabkan prestasi baik dalam sektor operasi huluan dengan peningkatan 16 peratus pengeluaran minyak sawit mentah (MSM), sekali gus mengurangkan kos pengeluaran (tidak termasuk kilang) 5.0 peratus kepada RM1,739 tan metrik tahun ke tahun.

    “FGV berjaya mengurangkan perbelanjaan pentadbiran sebanyak 15 peratus berbanding tempoh sama pada 2016,” katanya.

    Prestasi baik kumpulan dijejaskan beberapa faktor seperti harga gula mentah yang tinggi iaitu RM2,697 metrik tan, susut nilai daripada bayaran belum diterima dan peruntukan kerugian litigasi berikutan penahanan kapal masing-masing RM29.61 juta dan RM32.79 juta dan hasil rendah disebabkan kadar tukaran asing diraih lebih tinggi pada suku pertama tahun lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: FGV Catat Hasil RM4.32 Bilion Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top