Tanggal 29 Februari bersamaan Isnin tahun 2016, Tun Dr Mahathir akhirnya memilih untuk meninggalkan UMNO untuk kali kedua. Alasan yang diberikan, tidak lagi dapat duduk didalam UMNO jika Datuk Seri Mohd Najib masih menjadi Presiden UMNO.

Kesemua para penentang Datuk Seri Mohd Naji seolah-olah terlalu takut untuk membuat keputusan. Jika sebelum ini, mereka lah yang paling lantang menentang sehingga tergamak menyumpah dan memaki hamun Datuk Seri Mohd Najib tanpa sedikitpun menunjukkan rasa hormat terhadap beliau selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Sehingga kini, nama-nama besar seperti Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Tengku Razaliegh, Datuk Seri Mukhriz, Datuk Seri Shafie Apdal dan lain-lain, semuanya seolah-olah enggan mengikut jejak langkah Tun M meninggalkan UMNO.

Kini, setelah hampir 48 jam Tun M bersama isteri meninggalkan UMNO, solidariti yang kononnya dilaung memperjuangkan suara Tun M yang diibaratkan sebagai suara rakyat kini terbukti hanya retorik. Tiada siapa yang berani keluar dari UMNO jika membenci Datuk Seri Mohd Najib seperti yang dilaungkan sebelum ini.
0 comments:
Post a Comment