My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 2 March 2016

    Pertimbang Usaha Jadikan Dumpas Sebagai Etnik Utama - Ronald

    ETNIK SABAH: Ronald merenjis pasangan suku kaum Dumpas ketika pelancaran Persatuan Dumpas Sabah di Beluran.

    Usaha menjadikan suku Dumpas sebagai etnik utama di negeri ini harus dipertimbangkan, kata Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. Beliau berkata, pada masa sekarang suku Dumpas yang ramai tinggal di Beluran dan Sandakan diletakkan sebagai sub-etnik Kadazan Dusun dan Murut (KDM). 

    Katanya, suku itu mempunyai budaya, pertuturan dan sejarah tersendiri setanding dengan etnik besar yang lain. “Seharusnya, ia menjadi sebagai satu kumpulan etnik yang sama tarafnya dengan etnik yang lain di negeri Sabah. Saya melihat suku kaum Dumpas ini sama dengan suku kaum KDM, Sungai, Bajau Tebilung dan suku kaum lain di negeri Sabah.

    “Kita harap agar melalui persatuan yang dilancar pada hari ini (kelmarin), ia dapat menonjolkan perbezaan mereka dengan suku kaum yang lain dan menjadikan kumpulan ini kumpulan etnik utama di negeri ini,” katanya.

    Ronald berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Dumpas Sabah, Pembentangan Inventori Suku Kaum Dumpas dan Pelancaran Album Etnik Dumpas di Dewan Pupakatun, Kampung Ganah Jati, di sini kelmarin.

    Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mencadangkan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan pengkaji etnik di negara ini menjalankan kajian secara terperinci bagi menaiktaraf kumpulan suku Dumpas agar menjadi kumpulan etnik yang sama taraf dengan etnik lain.

    Mengenai penubuhan Persatuan Dumpas, beliau berkata penubuhan persatuan terbabit bukan sahaja dapat menonjolkan kebudayaan dan keunikan suku kaum Dumpas malah menjadi jambatan perpaduan yang lebih erat dalam kalangan suku itu sendiri agar lebih disegani di negeri ini.

    Katanya, penubuhan Persatuan Dumpas Sabah merupakan langkah tepat bagi suku kaum itu, dan ia bukan sahaja akan lebih dikenali malah mampu berdiri sendiri sebagai etnik besar dan terpenting di negeri ini.

    Pada Majlis itu, Ronald turut melancarkan album lagu-lagu etnik dumpas yang dinyanyikan artis tempatan iaitu Puteri Norain Faradina, Siti Norini Angoi dan Kasman Rambung. Ronald turut mengumumkan sumbangan RM40,000 untuk aktiviti Persatuan Dumpas.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pertimbang Usaha Jadikan Dumpas Sebagai Etnik Utama - Ronald Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top