My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 2 March 2016

    Komitmen PAS Bersama BN Dalam Memartabatkan Islam





    Sejarah tertubuhnya Parti Islam Se Malaysia (PAS) sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bermula sebagai salah sebuah cabang UMNO dalam menasihati UMNO dalam hal ehwal agama Islam, sehinggalah mereka bertindak meninggalkan UMNO pada tahun 1978, PAS kekal sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam sejak sekian lama.

    Setelah hampir 38 tahun "bermusuhan" didalam politik, PAS akhirnya menampakkan sedikit perubahan. Dasar Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang lebih mesra dengan Datuk Seri Mohd Najib, menampakkan mereka kini semakin hampir bertemu titik persamaan yang selama ini terpisah akibat fahaman ekstrim pemimpin PAS terhadap UMNO.

    Paling menarik, setelah isu kerjasama PAS-UMNO begitu hangat diperkatakan tahun lalu, Datuk Seri Haji Abdul Hadi sekali lagi menghantar isyarat jelas kepada para pengikutnya. Beliau tegas menggariskan yang beliau melarang sama sekali ahli PAS menyertai perhimpunan anjuran Zaid Ibrahim bagi menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib.

    Perhimpunan yang dijangka bakal diadakan pada 27 Mac ini turut akan dihadiri oleh bekas ahli UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamed. Isyarat ini jelas menunjukkan bahawa PAS sebenarnya begitu komited untuk bersama-sama UMNO dan Barisan Nasional dalam menentang puak-puak pengkhianat ini.

    Menarik untuk disaksikan, adakah para ahli PAS akan taat kepada perintah Presidennya sendiri atau memilih untuk bersekongkol dengan penganjuran perhimpunan seumpama ini. Andai benar ahli PAS mengikut arahan, tidak akan mustahil, PAS akan kembali mendokong semula perjuangan yang pada asasnya sama, hanya dipisahkan dengan idealogi semata-mata.

    Paling utama, adakah Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal diadakan bulan hadapan ini menjadi saksi, kerjasama buat pertama kalinya PAS dan Barisan Nasional di Sarawak. Jika ini berlaku, pastinya ia berita buruk buat Pakatan Harapan dan paling utama, suatu berita baik bagi mereka yang mementingkan perpaduan kaum Melayu bertunjangkan perpaduan agama Islam di Malaysia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Komitmen PAS Bersama BN Dalam Memartabatkan Islam Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top