My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 3 March 2016

    Nyata, Pemimpin Anti Najib Lebih Gentleman Berbanding Pengikut




    Tidak lama lagi, kemungkinan besar pengikut setia Tun Dr Mahathir Mohamed iaitu, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Mukhriz dan Datuk Seri Shafie Apdal akan mengumumkan sesuatu yang dijangka bakal menentukan hala tuju politik mereka selepas ini.

    Bukan sesuatu yang mengejutkan andai mereka memilih untuk meninggalkan UMNO, sama seperti apa yang diputuskan oleh ketua mereka, Tun M. Semuanya akan diputuskan kira-kira jam 11 pagi ini di Damansara, tempat berlangsungnya sidang media yang menentukan hala tuju mereka selepas ini.

    Apa yang pasti, andai benar mereka bertindak meninggalkan UMNO, pastinya ia akan memberi tamparan yang hebat kepada para penyokong dan pentaksub mereka. Ini kerana, langkah yang bekal mereka ambil ini menunjukkan mereka benar-benar gentleman dalam memutuskan sesuatu keputusan.

    Tidak seperti para penyokong dan pentaksub mereka, mereka masih terkial-kial untuk menentukan hala tuju sokongan mereka. Jika itu pun tidak boleh diputuskan dengan jitu, tiadalah guna mereka melaungkan sokongan kepada Tun M, Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie. Ianya tidak lebih dari sekadar retorik politik dimana mereka juga tidak mampu untuk hidup tanpa UMNO.

    Seharusnya, jika mereka benar-benar penyokong sejati, sudah pasti mereka juga akan mengikut jejak langkah pemimpin mereka. Ini barulah dikatakan gentleman, bukan bermuka-muka demi untuk meraih keuntungan peribadi.

    UMNO juga percaya, parti tidak memerlukan ahli yang bermuka-muka konon menjadikan UMNO sebagai tempat perjuangan, tapi pada masa yang sama begitu giat menyokong idealogi songsang mahu menjahanamkan UMNO dari dalam. Jadilah diri sendiri dengan penuh gentleman. Bukan sekadar retorik dan terus menerus menipu diri sendiri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nyata, Pemimpin Anti Najib Lebih Gentleman Berbanding Pengikut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top