My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 6 September 2017

    SPRM Ambil Tindakan Ke Atas Guan Eng



    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang enggan memohon maaf atas kenyataan­nya yang berunsur fitnah.

    SPRM dalam satu kenyataan berkata, badan itu akan mengemukakan keputusan yang telah dibuat kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang.

    “Pengurusan Tertinggi SPRM telah secara sebulat suara memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Guan Eng,” kata suruhanjaya itu.

    Pada 25 Ogos lalu, SPRM telah memberi Guan Eng tempoh 48 jam untuk memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu atau berdepan tindakan undang-undang susulan kenyataannya bahawa penahanan Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh sebagai ‘penahanan haram oleh SPRM’.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SPRM Ambil Tindakan Ke Atas Guan Eng Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top