Terlindung di dalam lubang konkrit bawah tanah di pedalaman Amerika Syarikat (AS), terdapat lebih 400 peluru berpandu balistik antara benua yang sedia untuk menghancurkan mana-mana bandar raya di dunia.
Dibina dalam tahun 1960-an semasa kemuncak Perang Dingin, armada senjata nuklear AS yang dikenali sebagai Minuteman III itu kini semakin usang dan alat gantinya sukar diperoleh ekoran ia direka pada era analog. Lubang-lubang konkrit dan keluli yang menempatkan misil nuklear itu juga merekah dan berkarat akibat dimasuki air.
Dalam masa 20 tahun lagi, Tentera Udara AS mahu menukar keseluruhan armada Minuteman III itu dengan peluru berpandu baharu yang belum lagi dinamakan dan hanya dikenali sebagai Pencegah Strategik Pangkalan Darat (GBSD). Tentera Udara AS menganggarkan kos GBSD mencecah AS$86 bilion (RM354.8 bilion) sepanjang kitaran hayatnya selama 50 tahun.
Senjata baharu itu akan diperkenalkan pada penghujung 2020-an. Pengkritik-pengkritik bagaimanapun berkata, persenjataan itu terlalu mahal dan tidak efisien berdasarkan ancaman semasa yang dihadapi AS.
“Tentera Udara juga tidak tahu bagaimana kita dapat membiayai persenjataan ini,” kata pakar nuklear Washington, Laicie Heeley. Senjata nuklear menyemakkan sistem senjata konvensyen yang nyata lebih efisien untuk menangani ancaman hari ini,” tambahnya.
Tentera Udara AS meminta vendor-vendor mengemukakan cadangan untuk menggantikan Minuteman. Senjata itu dinamakan sempena seorang militia berpangkat kolonel yang menentang British semasa Perang Revolusi Amerika. Kontrak itu dijangka diberikan kepada salah satu daripada tiga gergasi pertahanan AS iaitu Lockheed Martin, Northrop Grumman atau Boeing.
Peluru berpandu antara benua AS merupakan satu daripada tiga kaedah serangan nuklear yang turut melibatkan armada kapal selam dan pesawat pengebom. Pentagon mahu mengganti dan memodenkan ketiga-tiga persenjataan itu dalam tempoh 30 tahun lagi pada kos sekitar AS$1 trilion (RM4.1 trilion)
0 comments:
Post a Comment