My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 25 September 2016

    Misteri Kehilangan MH 370 Semakin Dirungkai?



    Pada jam 1.40 pagi, 8 Mac 2014, sebuah pesawat penumpang milik Malaysia Airline System (MAS( yang menggunakan kod MH370 yang membawa 239 orang penumpang, hilang daripada pengesanan radar sebaik sahaja memasuki ruang udara Vietnam. Pesawat berkenaan dijadualkan terbang ke Beijing daripada Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan berlepas pada jam 12.30 pagi.

    Sebaik sahaja hilang dari radar, gerakan mencari dilancarkan yang membabitkan lebih 25 buah negara dan lokasi tumpuan adalah di sekitar Laut China Selatan, lokasi terakhir pesawat berkenaan dikesan. Inilah gerakan paling besar pernah digerakkan di dunia hanya untuk mengesan sebuah pesawat yang dilaporkan hilang. Malah, tentera laut Amerika juga mengirim dua buah kapal tempur mereka bagi menyertai gerakan ini.

    Setelah hampir setahun mencari di sekitar Laut China Selatan dan Selat Melaka, operasi mencari di perbesarkan ke Lautan Hindi dimana skop pencarian membabitkan lebih 60 ribu kilometer persegi. Semua ini berdasarkan perkiraan perjalanan terakhir yang dilakukan oleh badan-badan penyiasat yang menjangkakan, MH 370 akhirnya menemui bumi di lautan berkenaan.

    Setelah beberapa lama mencari, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan gerakan mencari di 10 ribu kilometer terakhir telah digerakkan dengan menyasarkan laluan serpihan pesawat berkenaan yang dijangka berlegar disekitar Kepulauan Mauritius, Tanzania, Mozambique, Madagascar, Pulau Reunion dan Afrika Selatan.

    Adakah misteri MH370 sudah semakin dekat untuk dirungkaikan? Sehingga hari ini, tidak kurang dari 22 serpihan telah dijumpai di sekitar kawasan yang dinyatakan di atas dengan dua serpihan sudah dikenal pasti sebagai milik MH370. Dua serpihan berkenaan adalah Flaperon kanan dan sayap pesawat yang sudah disahkan oleh pasukan penyiasat.

    Empat serpihan seperti sayap no7, panel penstabilan kanan, penutup enjin dan pintu R1 almari penyimpanan dikatakan sudah hampir pasti disahkan milik MH370 dan 16 lagi serpihan, masih dianalisis. Ini menjadikan petunjuk bahawa MH 370 sudah semakin hampir untuk dijejaki.

    Ramai yang bertanya, kenapa semua serpihan ini dijumpai disekitar benua Afrika, bukan di pesisir pantai Australia mahupun India. Sebenarnya, Lautan Hindi ini sebenarnya adalah sebuah lautan yang cukup sukar diduga dan paling ganas di dunia. Kedalaman lautan ini boleh mencecah sehingga 10 kilometer dengan ombak besar boleh melanda pada bila-bila masa.

    Suatu fakta yang tidak dapat disangsikan lagi, corak arus lautan ini sebenarnya bukan mengikut arah jam seperti yang berlaku di lautan lain di seluruh dunia. Lautan Hindi adalah satu-satunya laut yang bergerak arah lawan jam dimana untuk mencapai satu pusingan, mengikut kajian saintis, ianya hanya mengambil masa kurang setahun untuk melengkapkan satu pusingan besar.

    Justeru, tidak hairanlah, usaha menjejak MH370 di lautan berkenaan sukar dan adakalanya boleh mengamcam nyawa. Apa pun, harapan bagi semua keluarga 239 orang mangsa untuk menemui semula bangkai pesawat ini boleh dikatakan semakin hampir. Sudah dua tahun kita menanti khabar MH370 dan harapan ini tidak pernah padam sehingga kini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Misteri Kehilangan MH 370 Semakin Dirungkai? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top