My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 25 September 2016

    Pogba Bantu United Pamer Rentak Garang



    Pemain termahal dunia, Paul Pogba akhirnya menemui jaringan sulung bersama Manchester United ketika menewaskan juara bertahan Liga Perdana England, Leicester City 4-1 di Old Trafford malam tadi. 

    Pogba sebelum ini dilihat gagal mempamerkan prestasi sebenar sepanjang lima perlawanan bersama The Red Devils sejak melengkapkan yuran perpindahan bernilai £89 juta (RM475 juta) dari Juventus, awal musim ini.

    Bagaimanapun, bintang kelahiran Perancis itu membuktikan tag selaku pemain termahal dunia berbaloi buat United apabila menjadi penggerak untuk tiga gol awal skuad kendalian Jose Mourinho ketika bertemu Leicester. Dalam aksi itu, United yang tidak menurunkan Wayne Rooney, membuka tirai jaringan menerusi pemain pertahanan England, Chris Smalling pada minit ke-22.

    Juan Mata menggandakan kedudukan pada minit ke-37 dan Pobga mencipta hantaran kepada penyerang muda England, Marcus Rashford (40) sebelum dia sendiri melakarkan nama selaku penjaring menerusi tandukan sepakan penjuru pada minit ke-42.

    Demarai Gray meledak gol saguhati buat pasukan bimbingan Claudio Ranieri tetapi keputusan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pogba Bantu United Pamer Rentak Garang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top