My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 19 September 2016

    Hebatnya Najib Sehingga Mahathir Pening Mahu Menjatuhkannya



    Bukan satu rahsia lagi bahawa hasrat utama Tun Dr Mahathir Mohamad menceburkan dirinya semula dalam politik adalah untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dari kedudukannya selaku Perdana Menteri. Sejak dari dalam UMNO lagi, beliau sudah melakukan gerakkannya dengan alasan untuk menyelamatkan UMNO.

    Alasan yang sama masih kekal digunakan oleh Mahathir sehingga kini dalam gerakannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Agak melucukan, andai benar beliau berhasrat untuk menyelamatkan UMNO, apa alasan yang digunakan beliau untuk mewajarkan kerjasama beliau dengan barisan pemimpin pembangkang seperti yang dapat kita lihat hari ini?

    Sebenarnya, Mahathir berada dalam keadaan terdesak. Jika sebelum ini, gerakannya untuk menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi disifatkan agak mudah, namun beliau sendiri akui dalam beberapa temubual yang dilakukan, menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib, teramat sukar untuk beliau lakukan.

    Justeru, jalan yang beliau pilih adalah, menjalinkan kerjasama dengan semua pemimpin pembangkang termasuk musuh ketatnya, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjayakan apa yang dirancang. Menariknya, beliau masih menggunakan alasan yang sama iaitu mahu menyelamatkan UMNO dari kehancuran, walhal beliau sendiri bekerjasama dengan mereka yang jelas mahu menghancurkan UMNO.

    Dengan dibarisi oleh Mahathir sendiri selaku ketua, pengikutnya terdiri daripada Muhyiddin Yasin, Mukhriz Mahathir, Shafie Apdal, beberapa orang vateran UMNO yang dahulunya menteri kabinet beliau, pemimpin-pemimpin PKR, DAP, PAN dan Sosialis dan beberapa orang Ketua Bahagian dan cawangan UMNO. Mereka semua bertindak menyertai kem Mahathir hanya untuk menumbangkan Datuk Seri Mohd Najib seorang.

    Namun, semua gerakan yang dilancarkan oleh Mahathir termasuk mengheret media dan agensi luar negara seperti Jabatan Peguam Amerika, menemui jalan buntu. Malah, orang-orang yang diharapkan untuk menyebarkan propaganda beliau seperti Khairuddin Abu Hasan, Anina Saadudin, Muhyiddin dan ramai lagi, turut gagal menterjemahkan apa yang dihajati oleh Mahathir.

    Akhirnya, Mahathir terpaksa merendahkan egonya memohon kemaafan daripada Istana atas ketelanjurannya melemahkan kuasa Raja-Raja sewaktu krisis kepimpinannya pada tahun 1988. Ramai yang menyangka, Mahathir mula insaf atas kesilapannya, namun jangkaan berkenaan, jauh meleset.

    Sebenarnya, tindakan Mahathir meminta maaf kepada Istana sebenarnya tidak lebih dari sekadar mencari helah untuk membolehkan beliau masuk menghadap Istana tanpa memikirkan dosa silam. Ini yang dilakukannya sewaktu menghadap Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, baru-baru ini.

    Kali ini, tindakan ini bolehlah disifatkan sebagai langkah terakhir Mahathir untuk meminta campur tangan Istana bagi menyingkirkan Datuk Seri Mohd Najib. Umum mengetahui, institusi Istana berada di peringkat tertinggi negara dimana kuasa eksekutif Istana mampu untuk membentuk pemerintahan dan kerajaan yang akan mentaadbir Malaysia, Mahathir cukup faham dan sedar akan hal ini.

    Itulah sebabnya, kenapa beliau akhirnya memilih untuk memohon campur tangan istana bagi membolehkan hasratnya tercapai. Adakah ini mampu menjatuhkan Perdana Menteri? Mungkin Mahathir terlupa, institusi Istana, bukanlah sebodoh bagai difikirkan Mahathir.

    Saban tahun, Mesyuarat Majlis Raja-Raja akan bersidang untuk membincangkan pelbagai perkara melibatkan Istana, kerajaan dan rakyat. Pada setiap kali mesyuarat, Datuk Seri Mohd Najib akan mengiringi Yang DiPertuan Agong dan pada kesempatan itu, 9 orang Raja-Raja Melayu dan 4 orang Gabenor berpeluang untuk bertanya sendiri dengan beliau mengenai aduan yang dibuat.

    Pastinya, dengan segala bukti yang ada pada beliau, semua hujah dan penipuan Mahathir di Istana Anak Bukit akan mudah disanggah. Baginda juga sedia maklum, 1.5 juta bukanlah suara majoriti rakyat Malaysia. Justeru, Mahathir telah memerangkap dirinya sendiri dan sekaligus menyebabkan beliau sendiri pening memikirkan, apa lagi jalan dan cara beliau untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib. Lucukan?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hebatnya Najib Sehingga Mahathir Pening Mahu Menjatuhkannya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top