My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 23 September 2016

    Masihkah Mahathir Mahu Menidakkan Jasa UMNO Pada Dirinya?



    Dalam banyak ceramah yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam setiap jelajahnya, beliau selalu menyatakan bahawa UMNO selalu menyatakan jasa parti berkenaan pada rakyat Malaysia. Malah, beliau juga menyatakan, beliau tidak mengaut sebarang kekayaan menerusi UMNO seperti yang beliau lakukan dalam blognya, semalam.

    Katanya, apa yang dimilikinya hari ini adalah hasil daripada simpannya selama 29 tahun sejak aktif dalam politik. Malah, beliau juga turut menyatakan, sepanjang kehidupannya selaku Perdana Menteri, segala keperluannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

    Menariknya, kenapa perlu Mahathir menghentam semula UMNO yang pernah beliau ketuai? Adakah Mahathir merasakan, UMNO tidak pernah berjasa dan berbakti pada dirinya sehingga tergamak bertindak melawan semula UMNO hanya kerana tidak bersetuju dengan Datuk Seri Mohd Najib?

    Tidak dinafikan, jasa UMNO terhadap rakyat Malaysia cukup besar nilainya. Setiap orang di Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan bangsa, menerima manfaat daripada apa yang diusahakan UMNO sejak lebih 70 tahun yang lalu.

    Disebalik semua itu, Mahathir juga tidak terkecuali dari menerima jasa yang ditaburkan oleh UMNO terhadap dirinya. Bayangkan, selama 22 tahun mengetuai negara, tidak mungkin beliau tidak menerima apa-apa daripada UMNO. Usah menipu andai beliau mengatakan, sepanjang menjadi Perdana Menteri, beliau terlalu bersih tanpa membuat apa-apa keuntungan melalui UMNO.

    Jika mengatakan UMNO banyak berjassa terhadap rakyat Malaysia, Mahathir juga harus sedar, beliau menikmati jasa yang diberikan UMNO jauh lebih besar dari apa yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Harus diingat, Mahathir bukanlah golongan aristokrat yang selayaknya memimpin UMNO jika dinilai dari hirarki UMNO sejak sekian lama.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Masihkah Mahathir Mahu Menidakkan Jasa UMNO Pada Dirinya? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top