My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 28 September 2016

    Juvana 3 : Perhitungan Terakhir!



    Selepas kejayaan versi drama, filem Juvana pada 2013 dan Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan (2015) yang memaparkan kehidupan bekas pelajar bermasalah mendapat sambutan hebat daripada penggemar filem tanah air. 

    Sehubungan itu, peminat setia filem ini pastinya tidak sabar menantikan sekuel ketiga Juvana 3 : Perhitungan Terakhir yang juga kesinambungan daripada penamat filem kedua yang ditayangkan tahun lalu.

    Mengekalkan Faisal Ishak selaku pengarah, Juvana 3 juga menampilkan barisan pelakon hebat seperti Johan As’ari yang membawa watak Botak, Zahiril Adzim (Daim) dan Adam Shahz (Ayam) selaku teraju utamanya. Bagi Faisal, dia yakin filem Juvana masih relevan kepada penggemar filem di luar sana.

    “Cerita Juvana memiliki pengikutnya tersendiri dan saya juga ingin menjadikannya sebagai satu jenama yang kukuh dalam bidang hiburan. Walaupun Juvana 2 kurang mendapat sambutan seperti diharapkan, saya yakin Juvana 3 memiliki kekuatan dan tarikan tersendiri untuk menarik penonton. 

    “Peminat yang sudah menonton filem Juvana 2 pastinya ingin mengetahui kesudahan atau kesinambungan cerita ini,” katanya.

    Faisal berkata, sekuel Juvana ini padat dengan drama dan aksi membabitkan golongan remaja yang terbabit dalam gejala sosial seperti gengster dan sindiket pelacuran,” katanya. Faizal berkata, Juvana 3 memaparkan babak Daim, Botak dan Ayam mula sedar penjanjian yang dibuat dengan Raja untuk membebaskan Sara, ayah Botak serta adik-beradik Apek sebenarnya adalah perangkap.

    “Sebenarnya, Raja mahu membalas dendam kepada mereka kerana menyebabkan dirinya disumbat ke dalam penjara. Terperangkap dalam permainan Raja, persahabatan mereka sekali lagi teruji apabila Raja dengan bijak memanipulasi dan melaga-lagakan mereka hingga masing-masing mencurigai antara satu sama lain.

    “Dalam situasi yang semakin menghimpit, harapan mereka hanya terletak pada rakan-rakan mereka yang lain,” katanya. Bukan angkat budaya buli di sekolah Menampilkan jalan cerita yang menarik dan segar, skrip Juvana 3 juga masih dihasilkan Alfie Palermo. Faizal berkata, selain barisan pelakon hebat, Juvana 3 juga mengetengahkan pendatang baru seperti Eyka Farhana, Aisya Hasnaa dan Hafreez Adam,” katanya.

    Ditanya dakwaan segelintir pihak yang menganggap filem Juvana memaparkan budaya buli dan keganasan di sekolah, Faisal menafikannya. “Budaya buli memang sudah lama berlaku dalam kalangan remaja di sekolah. Justeru, peranan ibu bapa ialah untuk mendidik anak remaja supaya tidak terbabit dengan gejala tidak sihat itu di sekolah.

    “Filem ini juga memiliki mesej untuk kita mengambil iktibar apa yang berlaku kepada bekas pelajar juvana dan bermasalah ini,” katanya.

    Juvana 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti Hasnul Rahmat (Raja), Pekin Ibrahim (Tok Ki), Shera Aiyob (Sara), Nad Zainal (Nabila), Hafreez Adam, Azwan Kombos (Dr Nazim), Puteri Chi Chi, Zaidi Omar, Riki Rikando (Gajah), Khairul Mohamed (Komeng), Muhammad Syafiq Ikmal (Gaban) dan Helmi Hakim (Abe). Filem terbitan bersama Filmscape Sdn Bhd dan Juita Viden Sdn Bhh ini bakal ditayangkan di seluruh negara dan Brunei bermula esok.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Juvana 3 : Perhitungan Terakhir! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top