My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 24 September 2016

    Anda Rasa Anda Cukup Kaya?



    Impian setiap manusia di muka bumi ini adalah untuk menikmati kekayaan yang tiada bandingnya. Setiap orang mahu memiliki deretan kereta mewah, wang yang terlalu banyak sehingga boleh berbaring diatas wang, deretan rumah mewah, dikelilingi gadis cantik dan pelbagai lagi impian yang pada orang kebanyakan, ianya cuma sekadar mimpi.

    Namun, semua impian gila ini sebenarnya benar-benar berlaku di dunia. Seperti lazimnya, anak orang-orang kaya di negara-negara arab akan mula bercuti kenegara-negara Eropah untuk menikmati perubahan musim panas kepada musim sejuk. Pada ketika inilah, mereka akan mempamerkan kemewahan mereka dengan berbelanja sepuas hati mereka.

    Menerusi satu laporan akhbar The Sun, mereka melaporkan bagaimana anak-anak orang kaya di Dubai mempamerkan kemewahan mereka yang disifatkan sebagai ttidak masuk akal dan berlebih- lebihan. Kemewahan anak-anak orang kaya di Dubai ini 'dikongsi' dalam Instagram The Rich Kids of Dubai yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

    "Mereka masing-masing mempamerkan kemewahan dengan menari dalam rimbunan wang dolar AS, pergi membeli makanan di McDonald’s dengan menaiki kereta mewah dan menjadikan haiwan eksotik seperti cheetah sebagai haiwan 'mainan'," petik laporan tersebut.

    Dengan jumlah pengikut laman Instagram itu yang mencecah 77,000 pengikut dengan pengisian momen-momen kemewahan anak-anak orang kaya di Dubai, instagram itu menggunakan 'tagline' 'kami menampilkan orang paling hebat di Dubai,'. 'Kereta Dubai, tekstil Dubai, hartanah Dubai, ini sebuah impian Dubai," petik laporan itu lagi.

    Bersama-sama artikel ini, dikepilkan beberapa gambar yang memaparkan betapa hebatnya mereka memperagakan kemewahan mereka. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa semua anak orang aya Dubai ini sanggup menyewakan jet persendirian yang membawa hanya 3 orang pada setiap penerbangan bersama-sama kereta-kereta mewah mereka. Hebatkan?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Anda Rasa Anda Cukup Kaya? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top