My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 25 September 2016

    Rekaan Tema Fantasi Fantastik



    Bertemakan Fantasi Fantastik, koleksi musim luruh dan sejuk 2016 Carlo Rino menampilkan himpunan beg tangan dan kasut yang digarap penuh gaya bagi memberikan wanita lebih pilihan pada rekaan dan warna menawan. 

    Dengan rona semula jadi dan lembut, kepelbagaian palet warna yang diperkenalkan ini selepas menyedari penggayaan wanita lebih terarah kepada warna sebegini kerana ia mampu digandingkan dengan padanan busana untuk menghadiri semua acara. Pertunjukan fesyen yang diadakan di butik Carlo Rino Midvalley ini juga diadakan serentak dengan sambutan ulangtahun Carlo Rino ke-30. 

    Memasuki era yang dikatakan semakin matang, gaya rekaan serta kualiti produk sangat ditekankan. Bagi musim ini Carlo Rino memperkenalkan beberapa gaya baru iaitu Sweet and Trendy,Young And Stylish, Modernised Retro, All in A Day’s Work dan Sporty Chic yang memenuhi cita rasa wanita daripada pelbagai peringkat usia.

    Pada majlis sama, Carlo Rino turut membawakan pereka terkenal Hideyuki Hayashi dari Jepun yang menjelaskan rekaan kali ini berkonsepkan muda dan segar sama ada dari segi rekaan atau warna. 

    “Rekaan yang sederhana memberikan wanita pilihan untuk menggayakan ke pelbagai acara manakala rona lembut adalah ilham daripada permintaan wanita sendiri yang mahu menggandingkan beg dan kasut dengan padanan pilihan mereka.

    “Bersesuaian tema Fantasi Fantastik, semoga koleksi kali ini mampu menjadikan wanita lebih anggun dan berpenampilan menawan dan pada masa sama sesuai dibawa ke semua acara,” katanya.

    Istimewa untuk semua pelanggan, musim ini mereka boleh membuat pendaftaran untuk menjadi ahli dengan setiap pembelian di mana-mana butik jenama ini di seluruh Malaysia. Lebih banyak pembelian, banyak ganjaran yang akan diperoleh.

    Ahli juga akan menikmati baucar diskaun sebanyak RM100 pada bulan kelahiran mereka serta menjadi sebahagian daripada acara eksklusif Carlo Rino iaitu pertunjukan fesyen dan acara minum petang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rekaan Tema Fantasi Fantastik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top