My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 28 September 2016

    Hillary Menang Debat Pertama


    Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Demokrat, Hillary Clinton dilihat berjaya mengatasi pesaingnya dari parti Republikan, Donald Trump dalam acara debat yang berlangsung kelmarin. Satu tinjauan pendapat yang dijalankan mendapati 62 peratus penonton berpendapat Hillary memenangi perdebatan berkenaan manakala 27 peratus lagi percaya Trump memenanginya.

    Dalam debat pertama berkenaan, Hillary, 68, menuduh lawannya itu rasis, seksisme dan mengelak membayar cukai menyebabkan Trump hanya bertahan. Trump, 70, pula mendakwa prestasi Hillary sebagai Setiausaha Negara dan Senator sebagai pengalaman yang buruk dan tidak banyak kejayaan dicapai.

    Taikun hartanah dan bekas bintang realiti itu juga menuduh Hillary kekurangan stamina untuk menjadi panglima tentera Amerika sekiranya dia memenangi jawatan presiden menggantikan Barack Obama pada pilihan raya 8 November depan.

    Hillary sebelum ini tertekan selepas diserang radang paru-paru dan ketinggalan dalam tinjauan pendapat tetapi persediaannya untuk berdepan Trump dalam sesi selama 90 minit itu dilihat membuahkan hasil.

    Trump bermula dengan yakin tetapi semakin kehilangan hujah dan sering mengulang serangan sama terhadap Hillary serta tidak berdisiplin sepanjang debat yang ditonton hampir 100 juta orang itu. Keputusan debat itu turut melegakan pelabur apabila pasaran saham di Asia kembali pulih selepas jatuh pada awal dagangan manakala mata wang peso Mexico juga melonjak semalam.

    Peluang untuk Hillary memenangi pilihan raya itu bertambah baik termasuklah di pasaran pertaruhan dalam talian. “Adakah anda berasa hebat malam ini? Saya yakin Ya. Kita berdebat dengan hebat,” kata Hillary kepada penyokongnya selepas acara itu. Trump pula mengisytiharkan dirinya sebagai pemenang ketika bertemu wartawan. Debat pusingan kedua akan berlangsung 9 Oktober depan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hillary Menang Debat Pertama Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top