My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 19 September 2016

    Jeff Ooi Tidak Sensitif Dan Biadab



    Ketika Allahyarham Datuk Haron Din diumumkan meninggal dunia pada saat seluruh rakyat Malaysia bergembira menyambut Hari Malaysia ke 53, kelompok penyokong DAP dilihat seperti berpesta atas kematian beliau. Dalam hal ini, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi juga tidak terkecuali memberikan komen menghina di laman twitter miliknya.

    Dengan menggunakan perkataan "Adios", dia melambangkan, kematian Datu Dr Haron Din sebagai suatu perkara yang wajib diraikan olehnya dan barisan kepimpinan DAP. Ini tidak menghairankan apabila DAP sehingga kini melabelkan Allahyarham sebagai penyekat PAS untuk terus menjalinkan tahaluf siyasi mereka dengan DAP.

    Melihat tentang tindakan biadab Jeff Ooi ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai pantas menyelar sikap biadab Jeff. Beliau mempersoalkan, apa rasionalnya tindakan Jeff ini sehingga menghilangkan sikap saling hormat menghormati antara kaum di negara ini.

    Beliau menyelar tindakan Jeff Ooi ini sambil mendesak Jeff Ooi lebih sensitif dalam mengeluarkan kenyataan. Benar, Datuk Dr Haron Din berlainan idealogi politik, namun harus di ingat, Allahyarham juga sedikit sebanyak telah menyumbang kepada pembangunan negara menerusi jalannya sendiri.

    Justeru, apa yang dilakukan oleh Jeff Ooi ini disifatkan oleh Datuk Seri Liow sebagai satu perkara yang cukup disesalkan dan beliau mendesak Jeff Ooi untuk meminta maaf kepada kaum keluarga Allahyarham dan seluruh umat Islam di negara ini.

    Seperti yang beliau selalu tegaskan, seluruh rakyat Malaysia mahukan keamanan yang berkekalan. Sebarang tindakan provokasi seumpama ini bukan sahaja menimbulkan salah faham, malah akan menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama, sesuatu yang paling mahu dielakkan oleh seluruh rakyat Malaysia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jeff Ooi Tidak Sensitif Dan Biadab Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top