My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 21 September 2016

    Mengamuk Kerana Tak Diberi Wang



    Seorang bekas banduan wanita baharu keluar dari penjara ditahan oleh polis kerana bertindak mengugut ibunya sendiri dengan pisau kelmarin. Dalam kejadian pagi kelmarin, polis dimaklumkan oleh ahli keluarga suspek telah bertindak menahan wanita terbabit yang naik angin di sebuah rumah, Jalan Tiong Hua di sini. 

    Difahamkan, suspek dipercayai mula mengamuk selepas ibunya enggan memberikan wang kepadanya. Wanita berumur 28 tahun itu dikatakan bertindak mengambil pisau sayur dan mengugut ibunya selepas permintaannya tidak dipenuhi.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Martin Koo ketika dihubungi memberitahu satu laporan polis berhubung kes tersebut diterima oleh pihaknya semalam.

    Katanya, polis Unit Ronda Bermotorsikal (URB) sambil dibantu seorang anggota polis wanita bertindak menahan suspek yang kemudian dibawa ke lokap Balai Polis Sungai Merah untuk tujuan pencegahan jenayah sekitar jam 10 pagi Isnin lalu.

    “Polis bertindak menahan suspek kerana bertindak agresif dan mengamuk terhadap ahli keluarganya,” katanya semalam. Menurutnya, ibu suspek diiringi ahli keluarga membuat laporan polis di Balai Polis Sentral tengah hari semalam.

    “Hari ini (semalam) ibu suspek nekad membuat laporan polis kerana diugut oleh anaknya (suspek),” jelasnya. Katanya, polis menangkap semula suspek kerana didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibu menggunakan pisau.

    “Suspek disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan (ugutan jenayah) dan akan direman,” jelasnya.

    Martin berkata, polis juga merampas sebilah pisau sebagai bahan bukti. Difahamkan, suspek baharu keluar dari penjara pada 1 Ogos lalu atas kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mengamuk Kerana Tak Diberi Wang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top