My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 24 September 2016

    Warga Emas Hilang Ketika Cari Asam Paya



    Seorang lelaki warga emas pekak dan bisu mengalami pengalaman pelik apabila dikatakan kerap hilang ketika mencari buah asam paya kegemarannya di hutan berdekatan Kampung Pengkalan Rejab. Terbaharu, mangsa Timbang Serail, 68, dilapor hilang buat kali ketiga ketika mencari buah terbabit sejak pagi kelmarin. 

    Ketua Bomba Zon Limbang Edmund Dmahai Amboh berkata, mangsa dilapor hilang oleh ahli keluarganya pada jam 12 tengah hari semalam selepas dikatakan tidak pulang sejak jam 10 pagi kelmarin. Beliau berkata, bomba tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian namun terpaksa menangguhkan operasi pada jam 12.33 tengah hari akibat hujan lebat di kawasan berkenaan. 

    Bagaimanapun, katanya, operasi mencari dan menyelamat diteruskan semula jam 1 petang semalam. Beliau berkata, seramai tujuh anggota melibatkan sebuah kenderaan diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua Zakaria Matnor bergegas ke lokasi kejadian yang jauhnya 10 kilometer.

    “Selain anggota bomba, penduduk kampung turut berusaha mencari mangsa namun sehingga kini gagal ditemui,” katanya lagi.

    Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang Staf Muda (SM) Mahathir Mohd Isa berkata seramai lapan anggota APM Limbang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan orang awam pada jam 9.50 pagi semalam untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

    Katanya, anggotanya tiba di lokasi jam 11.15 pagi dan selain bomba serta APM, turut terlibat dalam operasi itu ialah anggota polis dan penduduk kampung.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Warga Emas Hilang Ketika Cari Asam Paya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top