My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 23 September 2016

    ‘Kami Insan Luar Biasa’


    #KAMI insan luar biasa. Demikian semangat atlet paralimpik negara atas kejayaan meraih tiga pingat emas dan satu gangsa pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil yang berakhir Isnin lalu. 

    Ketibaan 21 atlet yang dipimpin Ketua Kontinjen Paralimpik negara, Dr. Ang Kean Koo disambut dengan semburan air sejurus pesawat EK0346 dari Dubai yang mereka naiki mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 3.14 petang semalam.

    “Saya mahu mereka (atlet paralimpik) menjadi ikon kepada rakyat Malaysia. Mereka serba kekurangan tetapi bagi kita yang cukup sifat pasti mampu melakukan pencapaian yang lebih luar biasa,” ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis sambutan atlet paralimpik di Kompleks Bunga Raya, KLIA semalam.

    Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menyumbangkan pingat emas pertama negara dalam acara 100 meter T36 lelaki (cerebral palsy) disusuli Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran).

    Abdul Latif Romly meneruskan langkah cemerlang itu apabila meraih emas ketiga selepas memecahkan rekod dunia dalam acara lompat jauh T20 lelaki. Siti Noor Radiah Ismail pula menghadiahkan pingat gangsa menerusi acara lompat jauh wanita T20.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ‘Kami Insan Luar Biasa’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top