My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 19 September 2016

    29 Cedera Letupan Bom Periuk


    Seramai 29 cedera dengan seorang parah akibat satu letupan di Chelsea, Manhattan, awal pagi tadi (waktu Malaysia), serangan yang dianggap pihak berkuasa sebagai disengajakan dan berunsur jenayah, bukannya dilakukan pengganas. 

    Antara 29 yang cedera, 24 daripadanya dihantar ke hospital dengan seorang dilaporkan cedera parah manakala selebihnya mengalami pelbagai luka, calar dan kecederaan kecil.

    Datuk Bandar New York City, Bill de Blasio berkata, penyiasat menafikan kemungkinan berlaku kebocoran gas sebagai punca letupan namun tidak pula mengatakan ia pengeboman malah enggan menyatakan dengan jelas punca letupan itu.

    Neha Jain, 24, yang tinggal di kawasan itu berkata, dia sedang menonton televisyen apabila mendengar letupan kuat dan rumahnya bergegar. “Gambar di dinding jatuh, langsir berterbangan seolah-olah ada angin kuat. Saya terhidu bau asap. Kami segera turun ke bawah untuk melihat apa yang berlaku tetapi anggota bomba mengarahkan kami masuk ke dalam rumah,” katanya.

    Laporan sumber penguatkuasa undang-undang menyatakan bom berkenaan kelihatan seperti periuk bertekanan dengan wayar yang disambung pada telefon bimbit yang melekat padanya yang diletak dalam tong sampah.

    Periuk tekanan padat dengan bahan letupan dan diletupkan dengan peranti masa, digunakan dua bersaudara ketika pengeboman Boston Marathon 2013 menyebabkan tiga terbunuh dan mencederakan lebih 260 yang lain.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 29 Cedera Letupan Bom Periuk Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top