Beberapa minggu lalu, seorang penganggur, Cheah Hing Soon didakwa telah membunuh anaknya, Kai Sze yang berusia tiga tahun. Sejak itu, mayat kanak-kanak perempuan tersebut disimpan di dalam bekas plastik dan dibiarkan di sebuah bilik di satu unit pangsapuri di Taman Sri Sinar, Segambut dekat sini.
Beberapa hari selepas kematian Kai Sze, Hing Soon, 34, dipercayai membunuh pula bayinya, Kai Wen yang baru berusia tujuh bulan. Mayat Kai Wen seperti juga mayat kakaknya, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan dibiarkan dalam bilik di rumah sama.
Bagaimanapun, pada Ahad lalu, Hing Soon pula mati didakwa membunuh diri selepas meminum racun. Mayatnya ditemui terbaring di atas tilam di bilik utama. Walaupun rumah yang disewa pada harga RM1,000 sebulan itu bergelimpangan tiga mayat namun isteri Hing Soon yang juga ibu kepada dua beradik itu tetap merahsiakan perkara tersebut.
Dia tergamak tinggal bersama mayat ahli keluarganya dalam keadaan rumah tidak terurus serta berbau busuk mayat.
0 comments:
Post a Comment