My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 20 September 2016

    Pintu Terbuka Buat Kuzain


    Skuad Harimau Malaysia bersikap terbuka terhadap pemain berpangkalan di luar negara dan berstatus naturalisasi termasuk anak tempatan mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzain Wan Kamal. 

    Pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee berkata barisan kejurulatihannya tiada masalah andai Kuzain, anak Malaysia kelahiran AS benar benar mahu beraksi bersama skuad kebangsaan. "FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) sentiasa mengikuti perkembangan pemain di luar untuk mewakili skuad negara. Saya yakin perkembangan Kuzain sedang dipantau," katanya kepada media, semalam.

    Kuzain, 18, kini menetap bersama keluarganya di AS, difahamkan bakal menjadi anak Melayu pertama mewakili negara 'Uncle Sam' itu. Beraksi di posisi tengah menyerang Kuzain pernah menjalani ujian bersama kelab Feyernood di Belanda.

    Dia dikhabarkan menarik perhatian beberapa kelab profesional di liga utama negara itu yang bersedia menawarkan kontrak. Apapun Kim Swee menyatakan kebanyakan pihak suka menyalahkan badan induk itu dengan mengatakan FAM mengabaikan bakat di luar negara.

    "Bukan kita tidak panggil, kadang-kadang mereka sendiri enggan pulang untuk bermain untuk negara atas sebab dan alasan tertentu. Ada tiga pemain kacukan bermain di kelab Belgium sebelum ini, mereka ada dihubungi dan ditawarkan tempat dalam pasukan.

    "Secara keseluruhan, pemain itu sendiri harus membuat keputusan iaitu memutuskan untuk pulang ataupun tidak. Begitu juga dalam kes Kuzain, adakah dia mahu jika ditawarkan tempat untuk beraksi?  Jika dia mahu, pintu pasukan negara sentiasa terbuka luas dan harus bersaing dengan pemain sedia ada untuk merebut tempat," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pintu Terbuka Buat Kuzain Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top