My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 23 September 2016

    Malaysia Airlines Beli Ejin Baru


    Malaysia Airlines Berhad (MAB) memuktamadkan pembelian enjin LEAP-1B dengan CFM International(CFM) bernilai lebih RM2.6 bilion (AS$630 juta) pada harga semasa. Enjin berkenaan akan digunakan pada 25 pesawat Boeing 737 MAX dan ia dijadualkan dihantar mulai 2020. 

    Perjanjian disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Enjin generasi baru LEAP mempunyai pelbagai kelebihan, termasuk lebih aerodinamik dan mampu menjimatkan bahan api sebanyak 15 peratus yang turut menyumbang kepada pengurangan pembebasan karbon dioksida kepada ruang angkasa, selain kos penyelenggaraan rendah.

    Selain itu, MAB turut mendapat hak pembelian tambahan 25 pesawat Boeing 737 dikuasakan enjin LEAP-1B. Pada masa sama, MAB turut menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan General Electrics International Inc (Malaysia) untuk bekerjasama dalam bidang pembangunan kepimpinan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Malaysia Airlines Beli Ejin Baru Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top