My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 23 September 2016

    Walau Sudah Dinaikkan, Cas Lapangan Terbang Masih Munasabah




    Langkah Kementerian Pengangkutan untu menaikkan caj lapangan terbang bermula 1 Januari depan, ada sedikit sebanyak telah mengundang kritikan. Ada yang mendakwa, kenaikan itu agak membebankan bagi pengguna yang mahu keluar ke destinasi domestik dan antarabangsa.

    Hal ini pantas mendapat reaksi Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengatakan, kadar baru yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) itu masih munasabah berbanding caj lapangan terbang lain di rantau ini.

    Beliau berkata, caj lapangan terbang Malaysia masih jauh lebih rendah daripada negara lain dan dianggap sederhana walaupun selepas kenaikan. Semua ini di bawah MAVCOM dan beliau telah menyerahkan kepada pihak MAVCOM untuk membuat pengumuman kerana pihak MAVCOM sendiri mengemukakan pandangan mereka dan kementerian hanya menilai butirannya selepas ini.
    Ujar belia lagi, Malaysia mempunyai dasar jelas dan tidak wujud diskriminasi terhadap caj perkhidmatan di kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

    Untuk rujukan, kadar baharu bagi Caj Perkhidmatan Penumpang atau lebih dikenali sebagai cukai lapangan terbang akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2017 di semua lapangan terbang di negara ini. 
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Walau Sudah Dinaikkan, Cas Lapangan Terbang Masih Munasabah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top